Baru ni, saya ada beli ‘French lamb rack’ di Bens. Saya minta staff mereka potong siap-siap agar senang saya nak panggang semua tu atas kuali. ‘French lamb rack’ ialah bahagian tulang dada kambing yang dah dibuang lemaknya. Boleh juga jika kita nak panggang seketul besar terus begitu. Bila siap dipanggang, baru dipotong-potong. Cuma saya nak ‘skillet-fry’ satu persatu biar hangit-hangit sikit atas dan bawahnya. Kali ni saya akan bakar lamb chop ni lama pada suhu rendah. Lembut tapi bukan hingga daging nya berderai.

Saya dapat resipi ni dari salah satu website tapi saya lupa website siapa. Dikongsi dalam bahasa Inggeris, jika tak silap, penulis ialah dari negara Timur Tengah. Ini salah satu rempah perap mudah ala Timur Tengah yang saya suka. Yang pasti, ada yogurt. Cuma saya kurangkan masa panggang dalam oven separuh dari masa resipi asal agar taklah berderai dagingnya.

Saya perap daging kambing ni selama tiga jam. Pernah juga saya perap semalaman dan lebih dalam freezer. Rasanya bila dah masak tetap sedap.

Resipi yang sama juga saya gunakan untuk panggang daging kambing ni begitu saja atas kual (‘pan-grill’). Pun sedap. Macam saya sebut tadi, jika nakkan daging nya berderai lembut bila ditarik dengan garpu, Selepas dipanggang atas kuali, susun daging atas dulang dan tutup daging dengan pembalut aluminium. Mesti tutup dengan kemas. Bakar 3 jam pada suhu 150C.

Spicy lamb cutlets/ lamb chop @ ‘Lamb chop berempah’
Recipe by Mazmin ShariffCourse: hot cookingCuisine: Middle-EasternDifficulty: Easy10
pcs20
minutesIngredients
12 keping ‘lamb chop’
250 gram yogurt biasa (bukan rendah lemak)
1 biji bawang merah, dipotong 4
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering blend
2 sudu besar gula perang (saya guna gula nisan Terengganu)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun secukupnya untuk grill
Directions
- Bersihkan dan lap daging kambing sekering boleh.
- Campurkan semua bahan (kecuali minyak zaitun) ke dalam alat pengisar. Kisar halus.
- Gaulkan daging kambing dan bahan kisar. Perap dalam bag plastik ‘zip-lock’. Boleh guna bekas dan tutup kemas menggunakan plastik ‘cling wrap’. Perap 2 atau 3 jam.
- Panaskan oven 150C.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
- Panggang setiap keping daging 3 minit setiap bahagian.
- Susun kepingan daging atas rak pembakar dan masuk ke dalam oven. Letak pembalut aluminium di bawahnya untuk tadah minyak atau cecair yang menitis.
- Bakar selama 90 minit.
- Boleh hidang bersama salad, kentang, roti atau pasta.
